Mesin Elektrostatik
APAKAH KEBAIKKAN TERAPI ELEKTROSTATIK?
Terapi Elektrostatik telah lama diamalkan khususnya dalam perubatan alternatif. Ia merupakan cara rawatan yang mudah, selamat, berkesan dan tiada kesan sampingan menggunakan getaran medan elektrostatik serta caj ion negatif. Terapi elektrostatik merangsang putaran ion negatif dalam tubuh manusia, memecahkan lemak dalam darah bagi meningkatkan peredaran darah serta meningkatkan metabolisme dan kesihatan badan tanpa kesan sampingan terhadap sistem tubuh manusia.
USHINE WELLNESS 9000
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgUChjoph9p8JIaUtAJR113QHh6a1NfhHsKgE0YCoFFfSpa-IC9GUAwQiEd2PipGz15yqqCRFPVXudiIpDkPxBJXqfFLdMU-eRvigssB55EzunYrR5qMCFQ5KdTYZPMyOY5U2G2sTrYn4ds/s200/ushine-wellness9000.png)
Ushine Wellness 9000 merupakan alat terapi elektrostatik yang diperakui mampu merawat pelbagai penyakit berkaitan salur darah dan sistem saraf tidak terkawal, memecahkan lemak dan kolesterol dalam salur darah. Antara rawatan khusus lain yang mampu dilakukan ialah :
- Meningkat serta melancarkan sistem peredaran darah.
- Meningkatkan kandungan oksigen dalam darah.
- Mengawal metabolisme tubuh.
- Mengawal masalah tekanan darah tinggi.
- Mengawal kandungan gula dalam darah.
- Mengurangkan asid uric/ sakit gout.
- Memulihkan tenaga / stamina.
- Meningkatkan tenaga batin.
- Merawat dan melegakan kesakitan sendi dan urat saraf.
- Melegakan asthma.
- Merawat masalah sukar tidur (insomnia).
- Mengurangkan kandungan kolesterol dan lemak dalam salur darah.
- Melegakan senggugut dan haid tidak teratur.
- Melegakan sakit otot, belakang, bahu dan leher.
- Melegakan migrain.
- Melegakan stress dan meningkatkan daya ingatan.
- Daya penglihatan lebih tajam.
- Membuang angin berlebihan dalam usus / membaiki sistem penghadaman.
- Mencegah sembelit.
- Menggiatkan sistem perkumuhan untuk pembuangan toksin.
MENINGKATKAN PEREDARAN DARAH
Setiap hari jantung kita mengepam darah yang mengalir menerusi salur serta kapilari darah sejauh 12,000 batu dalam badan kita. Gelombang elektrostatik beserta cas-cas ion negative membantu saluran darah menjadi kembang, lantas meningkatkan peredaran darah yang membawa kepada peningkatan bekalan oksigen dan nutrien penting dan memacu rembesan semulajadi Hormon Tumbesaran Manusia yang diperlukan untuk pembaharuan sel. Apabila cas-cas ion negative ini menyentuh kulit manusia ia bertindak mengembangkan pembuluh darah, dengan ini darah dan oksigen akan bertambah. Terapi elektrostatik meningkatkan pengaliran darah ke sesuatu bahagian tubuh lalu menggalakkan peredaran oksigen dan nutrien seterusnya mengurangkan kesakitan dan bengkak. Terapi elektrostatik biasanya digunakan untuk sakit bahagian sendi dan otot. Terapi elektrostatik juga dapat mengurangkan tekanan (stress), masalah sukar tidur (insomnia) dan migrain disamping membantu meningkatkan sistem pertahanan badan bagi melawan jangkitan dan memperbaiki ketidakseimbangan sistem saraf.
Terapi elektrostatik merupakan kaedah rawatan yang menggunakan getaran dan cas-cas elektrik bagi tujuan rawatan. USHINE WELLNESS 9000 merupakan alat terapi elektrostatik yang diperakui mampu membantu merawat pelbagai penyakit berkaitan salur darah dan sistem saraf tidak terkawal, memecahkan lemak dan kolesterol di dalam salur darah. Rawatan terapi elektrostatik pada asasnya menggunakan kaedah getaran elektrik bagi melancarkan serta memecahkan lemak pada kapilari darah. Salur darah yang tersumbat ini sebenarnya menjadi punca ke atas penyakit-penyakit kronik seperti darah tinggi, strok, kencing manis, gout dan sebagainya.
BAGAIMANA FUNGSI MESIN TERAPI ELEKTROSTATIK?
Mesin terapi elektrostatik berfungsi karena adanya ion negative yang rendah dalam tubuh kita, Nutrisi-nutrisi yang tidak dapat diserap dengan baik oleh tubuh, Ini akan menggangu proses penyerapan sisa-sisa metabolisme tubuh yang menyebabkan kadar asam dalam darah meningkat. Apabila kadar asam dalam tubuh tinggi, akibatnya daya tahan tubuh semakin rendah sehingga dapat menyebabkan penyakit kronik yang lebih serius.
Terapi medan Elektrostatik mampu membersihkan saluran darah, meningkatkan daya tahan tubuh (Antibodi) dan secara tidak langsung membersihkan saluran darah, serta dapat menyelaraskan sistem saraf, sekaligus merawat sel-sel tubuh dan mempercepat proses penggantian sel-sel yang telah rosak ataupun sel yang mati.
Terdapat 4 fungsi utama pada mesin terapi elektrostatik Ushine Wellness 9000, dan setiap fungsi mempunyai kelebihan masing-masing.
1. HIGH VOLTAGE (POTENSI TINGGI)
2. NEGATIVE VOLTAGE (POTENSI NEGATIF)
3. LOW VOLTAGE (POTENSI RENDAH)
4. LIGHT WAVE (POTENSI PERTENGAHAN)